"Bersatu...sua
tu kalimat yang sangat baik. Tidak ada bangsa dan agama didunia mengatakan bersatu tidak baik. kerana pada dasarnya bersatu ialah bekerjasama.Tok mufti Tuan Guru Harussani memang berpandangan jauh. Tok mufti memang alim dalam bab memberikan dalil wajibnya bersatu. Penulis tak beranilah nak bangkang sebab penulis ni bangsa tak reti, tak pernah masuk universiti al-Azhar. Dan kalau masukpun tak boleh lawan Tok ufti ini kerana dia mufti.
tu kalimat yang sangat baik. Tidak ada bangsa dan agama didunia mengatakan bersatu tidak baik. kerana pada dasarnya bersatu ialah bekerjasama.Tok mufti Tuan Guru Harussani memang berpandangan jauh. Tok mufti memang alim dalam bab memberikan dalil wajibnya bersatu. Penulis tak beranilah nak bangkang sebab penulis ni bangsa tak reti, tak pernah masuk universiti al-Azhar. Dan kalau masukpun tak boleh lawan Tok ufti ini kerana dia mufti.Dah malas nak menulis bab bersatu menurut persepsi Tok mufti ini. Kerana bersatu menurut Tok mufiti ialah "melayu bersatu" bukan "Islam bersatu". Melayu bersatu samalah dengan "United Malay". United Malay ini dua kalimat dari United Malay Nasionalis Organisation...UMNOlah itu jadinya. Tapi melihatkan macam Tok mufit ni tak reti-reti bersatu harus wajib atas dasar Islam, tangan ni gatal terus untuk menulis
.
Tok mufti sanggup datang ke Kota Baharu tengah malam buta semata-mata memujuk Tuan Guru Nik Aziz supaya PAS Perak bersatu dengan UMNO Perak. Pantas sungguh Tok mufti ni bila UMNO kalah. Takut sangat dengan DAP bergabung dengan PAS dan PKR membentuk kerajaan negeri. Mungkin dalam pemikiran Tok mufti ni UMNO itu Islam dan Islam itu UMNO maka wajib bersatu untuk memperkuatkan semula UMNO.
Tak usahlah cerita peranan Tok mufit ini bila kerajaan nak luluskan lesen judi bola baru-baru lalu. Jawabnnya tak lain "Saya dah tegur tapi kerajaan tak nak ikut, apa saya boleh buat". Laaaa mudahnya jawab...Mungkin boleh dijawab di hadapan ALLah Taala kelak kalau disoal ALLah "Saya dah tegur ya ALLah tapi kerajaan tak nak ikut, apa saya boleh buat"...Tu yang dok duduk lagi dalam exco Perak tu apa ke bendanya?
Mentaliti orang melayu lama ialah hanya UMNO pemerintah Malaysia. Inilah penghambat kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seolah-olah UMNO telah di wajibkan menjadi pemerintah Mlaysia oleh Islam. Sedangkan Islam mengatakan kalau sesuatu kaum itu zalim ALLah akan menggantikannya dengan kaum yang lebih baik. Tapi mentalitti orang melayu lama Islam macam tak yakin pula dengan kenyatan ALLah Taala itu.
Pelik bin ajaibkah kita dengan sikap Tok mufti ini? Bagi penulis tidak pelik. Kerana hanya ulama sufi sahaja yang menolak institusi mufti ini. AL-Marhum syeikh Ahmad bin Mohamad Said mantan mufti negari sembilan pernah mahu dilantik al-marhum Tunku Abdul Rahman sebagai ketua mufti Malaysia. Namun sebagai seorang suf, beliau menolak kerana ditakuti beliau menjadi pak turut kerajaan. Nah maka tidaklah pelik dengan sikap Tok mufit kita ini.
Kata orang kamupung...payaaaaah payah. Payah nak memperkatakan orang pandai agama ini. Berkata lebih-lebih nanti kita pulak ditanya "engkau keluar Deoband kah" Tok Guru nik Aziz keluaran Deoband diperlecehkan orang, inikan pula yang tak ada apa-apa.
Mementingkan bangsa ini kalau tak silap penulis ialah sikap assobiyyah. Assobiyyah diharamkan ALLah Taala melalui lidah Rasulnya. Apakah mementingkan perpaduan melayu tanpa berdasarkan perpaduan Islam ini bukan assobiyyah? Atau apakah ada pecahan tafsirnya assobiyyah ini? Entah...tak tau kome.
Bak kata orang Peghok...udah-udah le
Wassalam
