Selain beliau, Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves), dan Shuhaimi Shafei (Sri Muda) juga turut dikaitkan dengan isu ini.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan tiga rakan ADUN berkenaan, turut berkongsi pandangan.
“Penyebaran berita palsu ini menggambarkan terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
“Khalid seorang yang banyak berjasa kepada negeri ini dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat Selangor.
“Peralihan Majlis Pimpinan Negeri Selangor merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi tumpuan yang penuh kepada pentadbiran negeri,” katanya.
Haniza menegaskan taat setianya dan menambah bahawa beliau tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat didokongnya.