Kementerian dalam Negeri menjelaskan bahawa Malaysia gagal mengekstradisi penulis blog Raja Petra Kamaruddin dari Untited Kingdom untuk menghadapi dakwaan hasutan dan fitnah di negara ini.
"Saya perlu periksa dengan pihak berkuasa UK. Kami telah lakukan ini sejak sekian lama dan kami tahu mengenai semua perkara yang kami nyatakan semalam. Malahan (tindakan) ekstradisi, anda perlukan kerjasama pihak yang berkenaan...perkara ini diuruskan sebaik yang kami mampu lakukan.
"Nak masuk ke negara ketiga, culik, seludup keluar macam pengganas? Tak mungkin..itu bukan cara kita di Malaysia. Jadi saya rasa tuduhan kepada PDRM itu tak adil," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di lobi parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, semalam yang mendakwa kegagalan pihak polis mengambil sebarang tindakan terhadap Raja Petra menunjukkan mereka seolah-olah tidak serius menangani isu berkenaan.

Menurut Hishamuddin, pihak polis telah mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan kes tersebut termasuk berjumpa dengan pihak Metropolitan Police di United Kingdom.
"Agensi risikan telah berjumpa dengan rakan sejawatan mereka. Wisma Putra pun dah jumpa secara dua hala dan diplomasi dengan pihak United Kingdom. Tapi dalam tindakan sebegini memerlukan kerjasama kedua-dua pihak," katanya.
Hishammuddin berkata, setiap negara mempunyai dasar dan pendirian masing-masing dan Malaysia menghormati pendirian tersebut.
Namun, katanya, sekiranya pendirian dan dasar negara berkenaan tidak mengizinkan seseorang itu kembali atau membawa pulang mereka untuk berhadapan dengan tindakan dan keadilan, kita perlu melihat kepada pilihan lain yang ada.
Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.
Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu.
Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya.- mkini