KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki memutuskan hubungan dengan kekasih kerana mahu berkahwin dengan gadis lain mengundang padah apabila dia dibelasah bekas teman wanitanya sehingga cedera parah dan patah kaki kanan.
Difahamkan, wanita berusia 40-an itu membuat perancangan rapi untuk membelasah lelaki terbabit dengan berpura-pura mengajaknya ke rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Masjid India di sini, kononnya bagi berbincang dan pada masa sama membayar hutang mangsa.
Sumber Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam Isnin lalu, mangsa ke rumah bekas teman wanitanya itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan.
Menurutnya, wanita terbabit yang tidak bekerja memberi alasan mahu memulangkan semua hutang yang dipinjamnya daripada bekas teman lelakinya yang berusia 38 tahun sejak mereka mula berkenalan lapan tahun lalu.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa berjanji datang ke rumah wanita terbabit selepas waktu kerja.
“Sebaik masuk ke rumah, lelaki itu tergamam apabila wanita berkenaan mengajukan pelbagai soalan mengapa dia sudah lama tidak menghubunginya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tidak dapat menjawab soalan itu berjanji akan menghubungi wanita terbabit lebih kerap selepas ini.
“Namun, secara tiba-tiba, wanita terbabit mengambil dua batang kayu panjang yang disembunyikan di bawah katil dalam biliknya sebelum memukul tubuh, tangan dan kedua-dua kaki lelaki itu sekuat hati. Wanita itu kemudian merampas telefon bimbit, wang tunai RM450 dan jam tangan yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.
“Mangsa cuba menghalang, namun gagal akibat kakinya patah dan tidak dapat bergerak. Bagaimanapun, mangsa akhirnya dapat menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, untuk rawatan.
“Mangsa disahkan patah kaki kanan selain lebam di kaki kiri, lengan dan muka akibat dipukul dengan kayu. Pada masa sama, mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.
Katanya, mangsa berkenalan dengan wanita terbabit sejak 2003 sebelum kekasihnya itu meminjam wang daripada mangsa membabitkan jumlah keseluruhan RM25,000.
“Malah mangsa yang bekerja di sebuah kedai emas pernah menggadaikan barang berharga dimiliki semata-mata untuk diberikan kepada wanita berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa akhirnya menyedari sikap buruk teman wanitanya itu yang hanya berniat mengikis wang dan harta miliknya sebelum mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka. Malah mangsa dikatakan tidak tahan apabila pergerakannya turut dikawal dan dikongkong wanita terbabit,” katanya.
Menurutnya, mangsa tidak lama kemudian bertemu gadis lain yang dianggap lebih baik sebelum mengambil keputusan berkahwin pada Mei lalu.
“Polis sedang memburu wanita tempatan berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan cedera parah dengan senjata,” katanya.