Tian Chua perlu berbuat demikian kerana kesnya berasal dari Mahkamah Majistret.
Dalam permohonan beliau, Tian Chua, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, 47, juga memohon agar dia diberi tempoh lanjutan selama 14 hari untuk memfailkan dan mengemukakan notis rayuan.

Dalam afidavitnya, Tian Chua berkata, beliau wajar diberi kebenaran membuat rayuan kerana terdapat 13 persoalan undang-undang yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.
Antara persoalan itu ialah sama ada denda RM2,000 yang dikenakan itu menghilangkan kelayakannya sebagai Ahli Parlimen mengikut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Disember 2007. – Bernama
