ARTIKEL SEBELUM

10/06/10

Tiada rombakan saya masih setiausaha agung

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan parti itu akan melakukan rombakan barisan pegawai kanan termasuk menggantikan setiausaha agungnya Saifuddin Nasution Ismail.

“Saya ingin jelaskan bahawa tiada sebarang rombakan mengenai kedudukan pemimpin PKR dan Saifuddin masih lagi setiausaha agung,” kata Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, PKR sedang membuat persiapan bagi mengadakan pemilihan parti yang dijangka hujung tahun ekoran pindaan perlembagaan tahun lalu.

Laporan akhbar baru-baru ini menyebut Saifuddin, yang dilantik ke jawatan setiausaha agung Februari lalu, kemungkinan digantikan dengan orang baru.

PKR mengadakan kongres nasionalnya dua minggu lalu.

Buat pertama kali kata beliau, pemilihan akan membolehkan setiap ahli memilih barisan kepimpinan pusat.

“Kita kini dalam proses persiapan untuk pemilihan parti. Justeru kami meminta supaya pemimpin parti mengenal pasti dan membuat pengesahan tentang perubahan yang berlaku melalui parti bukan melalui pihak lain iaitu pihak ketiga ataupun sumber tidak dikenali,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud