ditanya sama ada ini tanda-tanda akan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, Thamrin ahli Umno Bahagian Alor Gajah berkata: “Saya akan ulas apabila tiba masa menyeberang jambatan (nanti).”
“Saya masih ahli Umno, tetapi terpulang kepada Umno...,”
Thamrin juga berkata, beliau mempunyai pendirian yang sama dalam isu judi sukan yang diperjuangkan oleh PAS.
“Baru-baru ini saya menulis surat terbuka, yang dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom,” kata beliau sambil menambah surat itu dihantar 30 Mei lalu.
April lalu, akhbar PKR, Suara Keadilan memetik Thamrin berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
“Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap,” kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi Mara.
Thamrin dilaporkan menghadiri dua kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor minggu lalu.
Thamrin tidak berceramah sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin gabungan pembangkang itu.
Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Thamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.