ARTIKEL SEBELUM

7/06/10

Suami masuk serenti, isteri kena tangkap basah

KULIM - Seorang wanita 30 tahun ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumahnya sendiri di Taman Sri Pinang di sini, hari ini.
Difahamkan, suami wanita itu tiga bulan ditahan di pusat serenti di Pahang.

Wanita itu yang bekerja di Kuala Lumpur, dikatakan sering pulang ke rumahnya di sini pada cuti hujung minggu.

Meskipun suaminya tiada, percutiannya bagaimanapun tetap berteman.

Dia ditangkap bersama seorang lelaki berusia 31 tahun, dipercayai kekasih lamanya, malah mereka dikatakan pernah bertunang.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) berkata, pihaknya menerima maklumat orang ramai lalu pergi ke rumah itu untuk menyiasat.

“Pada mulanya, kami terpaksa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka. Selepas beberapa minit, baru wanita itu membuka pintu,” katanya.

Apabila disiasat, kata pegawai itu, pihaknya menemui lelaki berkenaan sedang bersembunyi di bilik belakang rumah itu.

“Kedua-duanya ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara hingga setahun,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud