ARTIKEL SEBELUM

5/06/10

Selcat Rumus Tiada Bukti Rasuah Di KSSB

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Kim mendapati tiada rasuah berlaku sepanjang tiga hari pendengaran awam diadakan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Sebaliknya, beliau merumuskan dakwaan itu tidak berasas kerana bukti-bukti yang dibekalkan dalam pendengaran awam itu tidak lengkap.

"Jadi di mana skandalnya? Saya tidak nampak ada unsur-unsur rasuah," katanya dalam sidang media selepas pendengaran awam ditangguhkan tengahari tadi.

Namun beliau tidak menolak punca perkara ini berlaku disebabkan wujudnya unsur salah urus oleh pihak pengurusan KSSB untuk menangani perlombongan pasir secara haram di Selangor.

Pendengaran awam ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud