ARTIKEL SEBELUM

13/06/10

Satu Pembohongan - MB Perak

IPOH: Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak bahawa tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno akan menyertai pembangkang adalah satu pembohongan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata dakwaan itu bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalamUmno yang kini semakin kukuh.

"Mereka (pembangkang) cuba untuk mereka-reka isu. Ini adalah satutaktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Zambry diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Perak ZulkifliIbrahim yang sebelum itu memberitahu satu sidang media di sini bahawa tiga Adun Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Zulkifli berkata ketiga-tiga Adun tersebut tidak berpuas hati dengan layanan Zambry kerana lebih mengutamakan bekas Adun PKR.

Katanya nama tiga Adun Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi partitidak lama lagi.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri turut menyangkaldakwaan pembangkang bahawa rakyat Perak tidak berpuas hati dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri itu kerana polisi yang tidak stabil.

"Ini bukan strategi baru pada ketika BN dan rakyat di Perak berada dalam keadaan tenteram dan kerajaan yang diterajui oleh BN bekerja seperti biasa," katanya. - BERNAMA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud