ARTIKEL SEBELUM

17/06/10

Politik Murahan BN

Oleh Qayum Rahman

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) menggunakan isu baik pulih lif Taman Permai Indah, Klang sebagai bahan politik murahan untuk menyerang kerajaan negeri Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan kerajaan negeri menerima serangan tanpa sebab berikutan mengeluarkan kenyataan kerja-kerja baik pulih lif Taman Permai telah di sabotaj.

Beliau menegaskan, "saya tidak faham kenapa mereka (BN) begitu terasa apabila saya menyatakan kerja baik pulih lif telah disabotaj dalam kenyataan saya, walaupun saya tidak menuduh mana-mana pihak.

"BN menyerang kerajaan negeri kerana bimbang rakyat akan menuding jari kepada mereka kerana mempolitikkan kerja-kerja baik pulih itu sejurus berlakunya kecurian dan kerosakan," katanya ketika sidang media di pejabat kerajaan negeri selangor di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga ini tidak ada pihak yang dituduh berkaitan kejadian kecurian tersebut dan kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mewujudkan satu jawatankuasa bagi menyiasat kejadian itu.

BN sengaja serang kerajaan negeri

"Setakat ini, siasatan masih berjalan sehingga kami mendapat kepastian bagaimana punca kejadian itu boleh berlaku.

"Sepatutnya tidak perlulah BN menyerang kerajaan negeri dan mempolitikkan isu ini kerana kami tidak menuduh mereka dan tunggulah hingga siasatan selesai," terang beliau.

Selain kecurian barangan baik pulih lif tersebut, sebahagian dari alat-alat ganti juga rosak akibat terkena air.

Iskandar berkata, "PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), melalui skim bantuan kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1.6 juta semata-mata untuk membantu tiga kawasan yang terlibat dalam membaik pulih lif yang telah rosak.

"Ketika Selangor diperintah oleh BN, penduduk tidak pernah mendapat bantuan baik pulih seperti ini tetapi sebaliknya hanya pandai menabur janji untuk menarik sokongan.

Terdahulu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, perkara kecil yang melibatkan tanggungjawab kerajaan negeri mudah dihidu pihak yang ingin menimbulkan propaganda buruk untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan negeri.

"Kerajaan Selangor sentiasa diberi perhatian untuk diserang termasuklah yang terkini mengenai masalah lif di kawasan Klang.

"Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan untuk membantu membaiki lif yang telah rosak tetapi disabotaj pula dengan tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak tertentu," katanya.

Khalid berkata, kerajaan negeri akan melakukan siasatan segera untuk mengetahui punca sebenar kejadian sabotaj tersebut demi membantu penduduk yang terlibat dari terus dibelenggu dengan masalah tersebut.- FMT

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud