Rabu lalu, beliau menerima surat untuk memberikan keterangan di IPD Seberang Perai Tengah.
Surat tersebut ditandatangani oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Subramaniam Sananssy.
CheGuBard yang dihubungi Suara Keadilan berkata laporan itu berkemungkinan ada kaitan dengan ucapan beliau dalam satu ceramah di Kubang Semang.
"Saya percaya laporan polis ini dibuat oleh anggota polis yang menghadiri ceramah saya malam itu.
"Saya sudah berhubung dengan beberapa kawan dan peguam di Pulau Pinang dan akan hadir bersama ke IPD Seberang Perai Tengah Jumaat ini pukul 2.30 petang," ujar beliau lagi.
Dalam ceramah tersebut, beliau menyampaikan ucapan yang berkisar tentang hubungan Israel dan Umno-Barisan Nasional serta kes Fitnah 2 yang dihadapi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.