"TAHNIAH TUAN HJ RASHID BAKAL MP BAYAN BARU, SEMALAM TUAN BAWA ANWAR IBRAHIM MASUK MASJID KAMI. PUAS KE? KALAU TAHI MASUK RUMAH JANGAN MARAH YE? JAGA JUBUQ! KAMU KURANG AJAR/KAMU PERLU DIAJAR. TUNGGU!! MASANYA....."
Demikianlah kandungan surat ugutan yang diterima oleh Ketua Penerangan PKR Bayan Baru, Pulau Pinang, Tuan Hj Rashid (bulatan kuning), sehari selepas program Tazkirah bersama Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen di Masjid Bayan Baru pada 6 Jun 2010.
Menurut satu kenyataan dari PKR, Tuan Hj Rashid akan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tengah, Bayan Baru .
Masjid Bayan Baru adalah masjid yang utama di situ. Rashid yang bergiat aktif dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini, kini menyandang jawatan Ketua Penerangan PKR cabang Bayan Baru. Rashid juga seorang ahli jawatankuasa masjid tersebut.
Bagaimana jawatankuasa masjid tersebut didominasi UMNO, maka berlaku keadaan di mana mereka dari Pakatan Rakyat dipinggirkan. Agak sukar untuk pemimpin PR bersyarah di masjid tersebut, dan program Tazkirah kali ini merupakan kali kedua Anwar Ibrahim masuk ke masjid tersebut selepas 8 Mac 2008.
Tazkirah yang disampaikan oleh Anwar dan pemimpin politik lain bukanlah "ceramah politik", tetapi ceramah sejarah tamadun Islam. "Masjid bukan tempat pergelutan politik. Kami berharap agar ahli jawatan kuasa masjid bersikap terbuka, membenarkan mereka yang berbeza pandangan dalam politik untuk bersyarah di masjid, dan bukannya menghalang pemimpin PR."
M review