Saya ditanya oleh saorang pemberita apa kah Pakatan tak takut dengan peningkatan sokongan orang ramai terhadap Kerajaan Najib.
Mengikut kajian Merdeka Centre 72% orang ramai berpuas hati dengan perancangan dan tindakan kerajaan BN hari ini. Dr Mahathir juga kagum dengan perkembangan ini lalu mencadangkan supaya pilihanraya umum dipercepatkan.
Saya menjawab bahawa kita bergembiralah PM kita “popular” kerana itu akan membuat kita dalam Pakatan lebih gigih dan bersungguh sungguh untok menawan Kerajaan Pusat nanti.
Lagipun kita tahu mereka dalam keadaan serba salah. Nak panggil pilihanraya awal mereka juga bermasaalah. Nak tunggu kemudian hari nanti lebih terok akibatnya. Kita dalam Pakatan tidak bimbang .
Dialah pemimpin yang bertanggungjawab membazir wang berbillion ringgit membeli kapal selam dan jet pejuang selama 10 tahun dia jadi Menetri Pertahanan . Dan ada pula MOU nak membeli kereta perisai ( armoured vehicles) dengan harga 8 billion ringgit dari Syed Mokhtar . Dan kapal tentera laut “ multi purpose support ships “bernilai melebehi 3 billion juga akan dibeli untok menolong Zahid Hamidi di Bagan Datok. ( Berjaga jaga lah Muhyiddin).
Inilah tindakan pemimpin popular kita dalam ketika gaji peladang dan petani kurang 800 ringgit sabulan dan dalam masa negara kita akan potong subsidi dan sekali gus menaikan harga beras , minyak ikan dan gula.
Dialah juga pemimpin yang menjaga FELDA. Tak cukop jadi DPM masa itu, terus mahukan portfolio FELDA dan Pak Lah mengalah. Beri kan FELDA kapada nya.Mengikut Dr Tan Kee Kwong , saorang bekas Timbalan Menetri, sabelum Najib jaga Felda ;FELDA ada 75 kilang kelapa sawit, harta atau aset bernilai 7 billion ringgit ; dan wang tunai melebehi 3 billion ringgit. Sekarang wang tunai yang FELDA ada hanya lah 200 juta. Bolihkah PM dan Mahathir yang popular itu menerangkan kapada orang ramai apa sudah jadi pada FELDA?
Kita tak mahu pemimpin yang nampak popular; kita mahu pemimpin yang baik , yang tidak takut membuat keputusan demi kesahjeteraan rakyat. Kita mahu pemimpin yang menolak rasuah; yang tidak membeli undi, yang hormat kapada undang undang. Yang betul betul menjaga kepentingan Melayu dan rakyat semua.
http://myzaidibrahim.wordpress.com