Bekas pemimpin MIC, V Mugilan dan G Kumar Mugilan Amman akan mengambil tindakan terhadap akhbar harian Tamil Nesan Daily kerana melaporkan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pimpinannya sebagai 'Kumpulan Anti MIC' di muka depannya, dengan foto mereka berdua dipangkah.
Dalam satu kenyataan akhbar bersama hari ini, Mugilan menegaskan mereka hanya menentang individu dan kepimpinannya dan bukan parti yang mana mereka masih sebahagian dan bangga dengannya (parti).
Katanya, mereka masih mempunyai keyakinan bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan mempertimbangkan secara adil rayuan mereka untuk diterima semula ke dalam parti itu.
Beliau menuduh akhbar berkenaan cuba mencemar dan memperkecilkan niat mulia mereka, dalam laporan muka depannya pada 5 Jun, sambil menambah bahawa pemecatan mereka tidak dilakukan mengikut perrlembagaan MIC.
Mugilan, bekas timbalan ketua Pemuda MIC, mengulangi bahawa kritikan mereka terhadap presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dibuat demi kebaikan parti dan masyarakat.
Katanya, mereka akan memfail saman fitnah terhadap akhbar harian berbahasa Tamil itu.