Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.
"(Khabar angin itu) cuma tulisan di media sosial dan blog sahaja," katanya .
Menurut ketua pembangkang Selangor itu lagi, terdapat penulis blog yang sebelum ini dilihat sebagai anti-Pakatan turut terlibat menyebarkan maklumat tidak benar itu.
Sementara itu, seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.
Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian". sini