ARTIKEL SEBELUM

19/06/10

Khairy Cabar Anwar



BAGAN DATOH: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.

Beliau berkata sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap telah melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah-ceramah dengan memburukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh di sini, malam tadi.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata tindakan kelima-lima anggota parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi Umno atau BN.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Pemuda BN berkata, sayap berkenaan sudah bersiap-sedia mengemaskini jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.- BERNAMA

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud