ARTIKEL SEBELUM

18/06/10

Katak Keshvinder dicabar hadir di Malim Nawar esok


ngeh Oleh Qayum Rahman

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham mencabar Adun Malim Nawar Keshvinder Singh hadir di pasar pagi Malim Nawar esok bagi bersemuka bersama pemimpin DAP dan juga rakyat untuk menjelaskan tindakan beliau meninggalkan parti DAP.

Menurutnya, Keshvinder dicabar berhadapan rakyat bagi menjelaskan isu mengapa beliau meninggalkan parti supaya rakyat mengetahui kebenaran tanpa berselindung.

Ngeh berkata, tindakan Keshvinder meninggalkan parti langsung tidak menjejaskan DAP tetapi DAP tetap menyaman beliau selepas bermesyuarat pada 21 Jun ini kerana melanggar perjanjian menjadi seorang wakil rakyat dalam DAP.

"Rakyat Malim Nawar perlu tahu mengapa wakil rakyat mereka lari meninggalkan parti tanpa penjelasan. Jika dia (Keshvinder) berani, datang esok di pasar Malim Nawar untuk bersemuka," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau berkata, jika Keshvinder gagal hadir esok, jelas menunjukan bahawa beliau adalahJun 14 - Keshvinder seorang Adun yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat dan juga seorang pengecut.

"Kalau dia benar, dia mesti datang kepada rakyat yang telah menyokong dia hingga dia jadi Adun. Kita nak lihat bagaimana kejujuran dia pada rakyat di Malim Nawar yang ingin mengetahui kisah dia sendiri," katanya.

Tambah beliau, DAP telah menubuhkan jawatankuasa khidmat yang diketuai oleh Chin Fook Chy untuk membantu rakyat di Malim Nawar yang memerlukan bantuan.

"Kita dah tahu Keshvinder tidak bertanggungjawab, jadi kita tubuhkan segera jawatankuasa baru untuk membantu kawasan Malim Nawar.

"Bagaimanapun kita tetap menjalankan tanggungjawab kepada rakyat di Malim Nawar, walaupun Adun tidak bertanggungjawab itu meninggalkan parti," jelasnya. FMT

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud