ARTIKEL SEBELUM

16/06/10

Hormati keputusan YB Malim Nawar keluar DAP

zahrain Kenyataan Media 15 Jun 2010

Konsensus Bebas menghormati keputusan YB Keshminder Singh yang telah keluar dari DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas. Konsensus Bebas juga menyeru rakyat untuk menghormati keputusan ADUN Malim Nawar yang keluar DAP selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi DAP yang didakwa tidak membantu beliau dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

Konsensus Bebas percaya bahawa ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan keluar Parti. Bukan setakat ADUN dan Ahli Parlimen, malahan di kalangan pimpinan akar umbi juga sudah mula muak dan kecewa dengan permainan politik berlebih-lebihan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

460s PKR sebagai Parti yang menerajui Pakatan Rakyat sudah gagal dan tidak mampu lagi untuk terus memimpin PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PKR lebih cenderung untuk mengejar publisiti dan populariti politik daripada berusaha untuk membangunkan Pakatan Rakyat menjadi sebuah organisasi politik yang tersusun.

Konsensus Bebas amat memahami dan bersimpati dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Keshminder Singh. Beliau kecewa tidak mendapat bantuan atau bimbingan daripada pimpinan Parti dalam menjalankan tugas beliau sebagai ADUN. Konsensus Bebas
menyatakan bahawa kami juga berhadapan perkara sama sehingga menyebabkan kami bertindak untuk memilih menjadi Wakil Rakyat Bebas.Zul Nordin

Konsensus Bebas dengan ikhlas mengingatkan Pakatan Rakyat supaya bermuhasabah dan menilai semula diri dan memperbaiki kelemahan. Penyokong Pakatan Rakyat juga mesti ikhlas bertanya kenapa ADUN dan Ahli Parlimen semakin bertambah bilangannya meninggal Pakatan Rakyat. Pasti ada yang tidak kena, pasti ada kelemahan yang perlu Pakatan Rakyat akui dan perbaiki.

mohsinmug Adalah lebih baik Pakatan Rakyat memperbaiki kelemahan tersebut daripada menuduh atau menjaja pembohongan dan fitnah bahawa ADUN atau Ahli Parlimen atau sesiapa sahaja yang meninggalkan Pakatan Rakyat adalah kerana telah dibeli atau disogok wang oleh BN.

Tuduhan sebegitu tidak lebih hanya untuk mengelak dari isu sebenar bahawa ADUN dan Ahli Parlimen serta penyokong Pakatan Rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi ketua Pakatan Rakyat.-FMT

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud