|
SHAH ALAM - Dua lelaki termasuk seorang doktor swasta yang menjalankan kerja-kerja memproses ubat batuk ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Sungai Kapar, Klang dekat sini pada pukul 12.30 malam Sabtu lalu.
Hasil serbuan itu, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor berjaya merampas ubat batuk jenis kodein dan pelbagai jenis pil yang kesemuanya bernilai sekitar RM64,000.
Ketua JSJN Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dalam serbuan pertama di rumah seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. berusia 28 tahun, polis menemui 23 bekas bersaiz empat liter setiap satu dan 144 bekas (0.12 liter setiap satu) berisi cecair disyaki kodein.