ARTIKEL SEBELUM

1/06/10

Boleh Caye ke ni

tunjuk perasaan anti Israel

PBB arah siasatan penuh serangan Israel

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengarahkan siasatan lengkap dijalankan berhubung serangan kejam tentera Israel ke atas konvoi kapal misi kemanusiaan yang menuju ke Gaza hari ini.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut beliau dengan tindakan rejim Yahudi itu yang telah membunuh hampir 16 orang.

“Adalah penting untuk menjalankan siasatan penuh untuk menentukan bagaimana peristiwa berdarah ini boleh berlaku. Saya percaya Israel mesti dengan segera menyediakan laporan penuh,” kata beliau pada sidang media di ibu negara Uganda di sini hari ini.

Setiausaha Agung itu berada di Kampala untuk menghadiri sesi reviu perjalanan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Dalam pada itu, Amerika Syarikat pula melahirkan rasa kesalnya yang mendalam ekoran tragedi terbaru ini.

“Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mengetahui keadaan yang membawa kepada tragedi ini,” kata jurucakap White House William Burton dipetik Reuters.

Sementara itu laporan Bernama menyebut, Indonesia turut mengutuk serangan dan tindakan kekerasan regim Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dilaporkan menyebabkan sejumlah kematian dan kecederaan.

Pendirian ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Indonesia petang ini.

Sementara itu Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa yang bercakap kepada wartawan di Istana Negara berkata sekatan Israel terhadap Gaza sendiri merupakan satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan oleh yang demikian tidak ada asas untuk menyerang dan menghalang kapal berkenaan.

Indonesia, katanya akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan rakyat Palestin, untuk memastikan Israel bertanggungjawab ke atas tindakan itu yang dilakukan di luar perairan wilayahnya.

Menteri Luar itu juga menegas bahawa Indonesia akan terus memantau kejadian itu terutamanya untuk menentukan nasib 12 warga negaranya yang dilaporkan berada di atas kapal itu.

Marty berkata Indonesia akan terus berkomunikasi dengan beberapa perwakilannya di kawasan itu seperti di Ankara (Turki), Kaherah (Mesir) dan Amman (Jordan).

Setakat ini perwakilan Indonesia mengesahkan sekurang-kurangnya lima warga negara itu berada di atas kapal berkenaan sementara bakinya sedang disahkan keadaannya.

Mavi Marmara merupakan salah satu daripada konvoi beberapa buah kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 buah negara, yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, apabila serang pasukan komando Israel awal hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud