Pasukan peguambela yang melawat lokasi petang tadi kecewa selepas gagal melawat unit kondominium Desa Damansara di mana si pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dirinya diliwat.
Sebaliknya, mereka dibawa ke sebuah unit lain yang telah mereka lawati pada awal Februari lalu.
Menurut salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair pihak pembelaan akan memohon kunci kepada unit kondominium itu bagi peguam membuat pemeriksaan lokasi seperti yang dipohon peguam semalam.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan prosiding selepas Karpal membuat permohonan tersebut.
Menurut beliau, pakar tersebut dibawa bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur berhubung pemeriksaan perubatan ke atas pengadu.
Pakar itu, Dr David Wells dijangka tiba di Malaysia pada pukul 7 pagi Khamis ini.