KUALA LUMPUR: Tujuh daripada 10 pesakit lelaki yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini untuk rawatan sakit jantung, didapati mengalami mati pucuk (ED), demikian menurut pakar kardiologi hospital berkenaan.
"ED ini dikesan berlaku enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke PPUM," katanya.
Data berkenaan dimuatkan dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan pada Kongres Kardiologi Sedunia di Beijing, China hari ini.
Dr Ramesh berkata, 219 pesakit jantung lelaki dimasukkan ke unit penjagaan kardiologi hospital berkenaan dari April 2008 hingga Februari tahun lalu dan daripada jumlah itu, 192 diperiksa dan hanya 111 pesakit yang aktif seks sejak enam bulan sebelum itu yang diuji untuk ED.
Beliau juga berkata, ED dan Penyakit Arteri Koronari (CAD) mempunyai faktor risiko persamaan yang banyak dan saling berhubung rapat.-Bernama