ARTIKEL SEBELUM

9/06/10

Bekas speaker meninggal dunia

KANGAR, 9 Jun — Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Fadzil Mahmood, meninggal dunia di rumah di Kampung Surau, Utan Aji dekat sini

hari ini, kira-kira sebulan selepas isteri beliau kembali ke rahmatullah.

Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir di hadapan kesemua empat orang anaknya pada 3.30 pagi setelah dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar pada 6 petang semalam setelah dirawat di situ sejak 2 Jun kerana masalah jantung.

Anak ketiganya, Faisal, 35, berkata kematian ayahnya adalah 33 hari selepas ibunya, Datin Fatimah Ismail, 71, meninggal dunia.

Faisal, yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Surau selepas zohor hari ini.

Fadzil menjadi Speaker dari 9 Sept 1986 hingga 4 Okt 1990 semasa Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menjadi Menteri Besar.

Antara yang menziarahi jenazah alahyarham ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Yazid Mat dan Anggota-anggota Exco Kerajaan negeri. — Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud