Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.
Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.
“

Surat perletakkan jawatan itu saya serahkan tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.
Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.
"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.
"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.
"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.
Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.
"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.
Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.
"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.
Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.- mkini