ARTIKEL SEBELUM

1/06/10

Anwar bersama peguam tiba di kondominium

250px-Anwar_Ibrahim-edited KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama peguamnya kelihatan tiba ke Komdominium Desa Damansara, Bukit Damansara dekat sini kira-kira 2.30 petang tadi.

Mereka dilihat menaiki empat buah kereta sebelum memasuki kondominium itu.

Peguam Karpal Singh kelihatan tiba ke kondominium kira-kira 2.45 petang manakala seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair tiba lima minit kemudian.

Mereka hadir ke kondominium itu bagi mendapatkan bukti alibi berhubung kes tuduhan liwat daripada pengadu, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mereka kelihatan keluar dari kondominium itu kira-kira jam 3.20 petang.

Sementara prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi akan bermula pada pukul 3.30 petang ini.

Prosiding hari ini para peguam Anwar dijangka akan meyoal balas saksi kedua, iaitu doktor pakar daripada Hospital Kuala Lumpur yang membuat pemeriksaan terhadap Saiful.

Anwar, 62, dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 di 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No C 99 Jalan Setiakasih Bukit Damansara antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- FMT

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud