ARTIKEL SEBELUM

28/05/10

Tanah KTMB: M'sia tak buat keputusan terburu-buru

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Malaysia membuat keputusan tergesa-gesa dalam menyelesaikan isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura sebagai tidak berasas.




Beliau berkata sebelum penyelesaian itu dimeterai Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperhalusi pelbagai perkara ketika lawatan pertamanya ke republik itu tahun lalu.

"Kita bukan menanganinya secara terburu-buru kerana pelbagai rundingan dan tindakan susulan telahpun dibuat oleh Perdana Menteri kita demi menyelesaikan isu itu.




"Saya juga selaku Menteri Pengangkutan dan anggota-anggota pentadbiran yang terlibat dalam isu ini telah pun berunding sekian lama. Apakah ini yang dikatakan terburu-buru?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wesak anjuran Persatuan Buddha Miao You di Setapak, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perjanjian yang dimeterai Najib dan rakan sejawatan dari Singapura Lee Hsien Loong dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa butiran terperinci, serta akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud