ARTIKEL SEBELUM

20/05/10

Rayuan Anwar Esok Dapatkan Salinan Bukti, Senarai Saksi


Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan peguambela Karpal Singh esok berhubung permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan salinan bukti dan senarai saksi berkaitan konpirasi II liwat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu Anwar.

Karpal memohon kesemua dokumen dibekalkan kepada pihak pembelaan termasuk kenyataan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara jenayah yang telah diberikan oleh saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pihak polis semasa penyiasatan.

Sebelum ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Karpal berhujah agar dibekalkan dengan sesalinan bukti-bukti dan senarai saksi yang pernah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam permohonan dokumen tersebut.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menolak permohonan peguambela itu untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan dengan alasan tiada keperluan istimewa dan keputusan yang dibuat sewaktu prosiding tidak boleh dirayu.- sk

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud