SHAH ALAM 12 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Dr Khalil Idham Lim Abdullah menyangkal dakwaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kononnya anggota Pemuda PAS di Perak ingin meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
Beliau berkata rata-rata pemuda kebanyakkannya lebih mengetahui maklumat sebenar kerana mereka mempunyai pengetahuan dan sering mengikuti berita daripada 'blog' dan laman sesawang sosial seperti 'facebook'.
"Setahu saya Pemuda Umno yang menunjuk minat dan cenderung menyertai Pakatan Rakyat.
"Jika mereka ini pergi ke masjid atau surau semata-mata untuk bersembahyang dan kebetulan ada pemimpin Umno, bukan bererti mereka mahu menyokong Umno.
Menurut Idham Lim, Pemuda PAS mendapati Umno kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat Umno Cawangan seluruh negeri di Stadium Indera Mulia tidak mendapat sambutan.
"Maklumat ini kita dapat hasil tinjauan yang dibuat menunjukkan setiap cawangan Umno hanya menghantar tiga orang ahlinya sahaja.
"Ini kita boleh lihat semasa perasmian tersebut, keadaan stadium yang lenggang dan sepi," kata Idham yang juga Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
Tambah Idham Lim, tindakan Zambry memberikan peruntukan RM50,000 kepada setiap cawangan MCA yang menyebabkan Pemuda Umno merasakan mereka sebenarnya dipinggirkan oleh pemimpin mereka sendiri.
Laporan media hari ini memetik Zambry sebagai berkata anggota Pemuda PAS di Perak ingin meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana menurutnya Pemuda PAS lebih banyak mengetahui tentang Umno dan membuat analisis tentang kehadiran ahli parti semasa perasmian serentak Umno Cawangan seluruh negeri di Stadium Indera Mulia minggu lalu.-
sumber suara keadilan