ARTIKEL SEBELUM

17/05/10

Nazree: Ugutan Bunuh MP Kapar Mungkin Didalangi Parti Lawan


Bekas Pengerusi Gerakan Anti-Korupsi tidak menolak kemungkinan ancaman bunuh yang diterima Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung dakwaan rasuah kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd berbaur politik dan dicetuskan oleh parti lawan, Umno-BN.

Nazree Yunus berkata ada kemungkinan ia sengaja dilakukan bagi mensensasikan lagi isu ini, dalam usaha untuk memalukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Saya nampak ini ada unsur-unsur provokasi, sabotaj dan juga ini ada kemungkinan unsur-unsur politik untuk memainkan isu ini dengan lebih panas lagi kerana bagi saya masalah ini apabila dakwaan rasuah ini melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Saya kira ini adalah kesempatan untuk khususnya Umno Barisan Nasional untuk sengaja memanaskan lagi isu ini kerana saya nampak mereka-mereka menggunakan sendiri hujah-hujah pemimpin dari Pakatan Rakyat yang mereka suka buat tuduhan pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 pagi tadi, tiga beg berisi cat merah dan nota ancaman bunuh dilemparkan pada kereta Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Beliau bertanggungjawab mendedahkan isu ini ke pengetahuan Kerajaan Negeri Selangor, dan pihak kerajaan negeri telah meminta Selcat untuk menyiasat dakwaan ini.

Nazree menasihatkan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang membuat dakwaan rasuah terbabit supaya bertindak dengan cermat dalam menangani isu ini.

“Yang saya bimbangnya dalam keadaan untuk kita cuba terjermahkan nilai-niali intergriti dan ketelusan itu, kita bimbang musuh mengguna pakai isu ini seolah-olah yang banyak melakukan rasuah ini adalah dari Pakatan Rakyat,” katanya.- tvs

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud