ARTIKEL SEBELUM

19/05/10

MP Telok Kemang menafikan akan lompat parti

Dato Kamarul Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Telok Kemang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Kamarul Baharin hari ini menafikan sekeras – kerasnya khabar angin yang menyatakan bahawa beliau juga akan melompat parti tidak lama lagi.

Sebaliknya beliau menegaskan akan terus taat setia dengan PKR dan sekaligus melenyapkan spekulasi bahawa beliau adalah di antara Ahli Parlimen dari parti itu yang akan berpaling tadah.

Beliau berkata, "jika dibandingkan dengan mereka yang melompat parti sebelum ini, mereka hanya dua tiga tahun dalam PKR. Jadi tidak hairanlah kalau mereka mudah terpengaruh dengan janji-janji para pemimpin Barisan Nasional.

"Saya sudah 10 tahun dalam PKR, saya akan tetap bersama dengan PKR…. mustahil saya akan melompat parti. Jika saya lompat… parti mana yang saya akan sertai?" katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Ampang dan juga ahli biro politik PKR Zuraidah Kamaruddin menafikan khabar angin bahawa beliau juga akan melompat parti dan menjadi ahli bebas.

Seorang lagi tokoh kontroversi dari parti itu, S Manikavasagam turut menafikan bahawa beliau akan keluar PKR tetapi sebaliknya berikrar untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor untuk membenteras rasuah.

Semalam, ahli parlimen Kapar itu menemui Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin tertinggi parti itu berbincang mengenai dakwaan rasuah melibatkan anak syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud