ARTIKEL SEBELUM

16/05/10

Lagi Bayi Mati Didera

PETALING JAYA 16 Mei – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, yang dipercayai didera oleh pengasuhnya, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, Mohd. Rayyan Afzanizam, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM sejak Jumaat lepas, disahkan meninggal dunia pada 8 malam tadi.

"Mohd Rayyan dibawa ke PPUM pada Selasa lalu selepas pengasuhnya mendapati Mohd. Rayyan sesak nafas sebelum menghubungi ibu bapa bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi itu mengalami pendarahan di otak.

"Namun, kita masih belum mendapat laporan bedah siasatan berhubung punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya.

Susulan itu, polis menahan pengasuh wanita berusia 47 tahun itu di rumahnya di USJ Subang Jaya hari ini untuk membantu siasatan.

"Pengasuh itu direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud