Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata perkara tersebut mendukacitakan kerana pihak polis sewajar menunjukkan professionalisme yang tinggi.
"Polis harus membersihkan nama arwah dengan dakwaan beliau adalah seorang penjenayah. Kita mahu pihak keluarga dan ibu Aminulrayid tidak dibebani dengan dakwaan tersebut.
"Kita juga menggesa pihak polis agar memperbaiki dan memperkemaskan tahap dan proses supaya tragedi seperti ini tidak lagi berulang," ujar Mohd Ezli dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, AMK Selangor juga yakin pihak polis mampu menangani situasi sedemikian dengan baik kerana menurutnya polis sebagai pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sememangnya diperlukan oleh rakyat dan negara.
"Tekanan kerja yang dihadapi pasukan polis sewajarnya dikaji semula bagi memastikan mereka mampu menangani beban tugas yang mecabar pada masa kini," kata Mohd Ezli.