ARTIKEL SEBELUM

17/05/10

Karpal: Najib cabul undang-undang pilihan raya


Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.



KUALA LUMPUR, 17 Mei — Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan menawarkan ganjaran bagi mendapatkan undi malam kelmarin.

Katanya, Najib melakukan kesalahan ketika kempen pilihan raya kecil Sibu apabila pada Sabtu lalu mengatakan “saya membantu, anda membantu saya.”

Karpal berkata kenyataan Najib itu sesuatu yang tidak wajar dan harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Satu hari sebelum hari pengundian, Perdana Menteri telah berada di Sibu dan ini adalah apa yang kelihatan gagal.

“Beliau berkata ‘saya membuat perjanjian dengan anda... bolehkan kita buat satu perjanjian atau tidak? Perjanjian ini sangat mudah, anda membantu saya, saya membantu anda.

Ini satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, mendorong pengundi pada malam menjelang hari pengundian, membuat perjanjian dengan mereka,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud