ARTIKEL SEBELUM

20/05/10

Buruh ‘romen’ kekasih direman tujuh hari

GEMAS: Seorang buruh yang dibelasah selepas ditahan dalam sebuah kereta bersama kekasihnya di Felda Jelai 2, dekat sini, pagi kelmarin, direman tujuh hari bermula semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikenakan perintah tahanan reman oleh Mahkamah Majistret Rembau mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin, seorang buruh yang kepenatan dipercayai selepas memadu asmara dalam kereta dengan teman wanitanya berusia 18 tahun tersentak selepas diserbu bapa gadis itu bersama penduduk kampung.
Sumber berkata, lelaki itu cedera di muka dan bibir selepas dibelasah bapa gadis dan orang ramai yang berang dengan perbuatannya itu.


Kejadian itu dikatakan disedari seorang penduduk kampung yang kemudian memaklumkannya kepada bapa gadis berkenaan dan penduduk kampung yang lain.
Menurut sumber itu lagi, bapa gadis dan penduduk kampung kemudian menyerbu kenderaan berkenaan sebelum menemui pasangan kekasih itu berada dalam keadaan keletihan dipercayai selepas bertarung dalam kereta terbabit.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud