ARTIKEL SEBELUM

29/05/10

Tidak Berganjak Walau Seinci Daripada Perjuangan


KOTA BHARU 29 Mei - Pergolakkan politik Kedah yang selalu diperkatakan di dalam media arus perdana selain desas desus wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan ingin melompat parti adalah satu fitnah yang di mainkan oleh Umno sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S Manikumar yang mengambil bahagian dalam ucapan pagi ini menjelaskan perjuangannya dalam KEADILAN tidak pernah luntur dalam dirinya.

"Hari ini di Kedah hanya menceritakan tentang kerajaan negeri Kedah yang akan jatuh kerana ada ADUN yang akan melompat parti, hari ini saya ingin jelaskan semua dakwaan tersebut hanya cerita bohong dari Umno-Barisan Nasional. Kalau kita mengikut cerita bohong mereka ini sehingga kiamat pun tidak akan habis.

"Saya nak maklumkan pada hari ini, bahawa saya tidak akan berganjak walau seinci pun dari parti ini. Prinsip perjuangan dalam KEADILAN sudah sebati dalam diri saya, apa sebabnya saya perlu keluar dari parti yang mempunyai perjuangan yang murni.

"Perjuangan parti ini sangat murni dan ikhlas, kita sayangkan rakyat dan negara ini sebab itulah kita perlu terus bersama membawa arah perjuangan parti ini dalam melawan politik zalim Umno-Barisan Nasional," kata beliau di hadapan lebih 1,000 perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-6 di sini pagi tadi.

Manikumar memberitahu setiap pemimpin perlu mempunyai prinsip dan pendirian yang jelas dalam erti perjuangan barulah gejala lompat parti ini tidak akan berlaku lagi.

"Kita sebagai seorang pemimpin yang profesional kena ada prinsip dan pendirian yang jelas erti perjuangan parti, selain itu juga kita kena kaji dimanakan sifat sebenar kepimpinan wakil rakyat itu sendiri.

Tindakan sebegini akan memberikan kekuatan kepada kita barulah kita tidak akan termakan tipu daya yang di mainkan oleh Umno-Barisan Nasional.

"Saya cukup kecewa dengan mereka yang keluar parti, tidakkah mereka tahu parti yang mereka sertai itu umpama memasuki bakul yang penuh sampah sarap. Kita perlu membina benteng yang kukuh pada setiap sudut parti agar lanun politik Barisan Nasional tidak dapat menembusi parti kita lagi," katanya lagi.

Kedatangan beliau kali ini adalah ini membuktikan bahawa segala dakwaan Umno itu bohong semata-mata dan juga mendapat restu dari setiap kepimpinan KEADILAN, agar jalan yang beliau pilih ini akan terus berada pada landasan yang betul.

"Barisan Nasional akan terkubur pada satu masa nanti, politik yang mereka bawa sudah tidak boleh diterima oleh politik sekarang. KEADILAN dengan politik baru akan menjadi pemangkin kepada politik Malaysia.

"Saya berharap kedatangan saya kali ini akan menutup segala spekulasi kotor yang dimainkan oleh Barisan Nasional mahupun Umno, setiap pemimpin yang ada restuilah perjuangan saya ini," jelas beliau lagi.-sk

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud