ARTIKEL SEBELUM

14/05/10

BN Takut Gobala Tarik Undi Iban Kepada Pakatan Rakyat




Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan berkata tindakan kerajaan Barisan Nasional Sarawak menghalang beliau masuk ke Sarawak adalah bermotif politik.

"Tindakan pegawai imigresen menghalang saya memasuki Sarawak adalah kerana BN takut orang Iban undi Pakatan Rakyat.

"Saya diambil sebagai anak angkat oleh salah seorang Tuai (Ketua) rumah panjang di sana. Malahan saya juga mempunyai nama Iban, bapa angkat saya beri nama Jugam Anak Jugah.

"Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah juga turut tidak dibenarkan datang ke Sarawak, mungkin ini sebab Umno-BN takut dengan Ahli Parlimen berbangsa India datang ke Sarawak," ujar Gobalakrishnan yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Menurut laporan Bernama, Gobalakrishnan yang tiba di Lapangan Terbang Sibu pada Rabu petang semalam tidak dibenarkan masuk oleh Imigresen Sarawak.

Gobala yang tiba menerusi penerbangan Air Asia daripada Terminal LCCT, Sepang pukul 3.55 petang telah diberitahu oleh pegawai imigresen yang bertugas bahawa beliau tidak dibenarkan masuk.

Beliau kemudiannya diarah keluar daripada Sarawak di bawah Akta Imigresen Artikel 24(C) dan terpaksa pulang ke Kuala Lumpur satu jam berikutnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud