terkini
Mengikut makluman rakan-rakan di pusat penjumlah undi, keputusan belum diumumkan sehingga jam 10.05 malam ini. Pada masa ini dilaporkan bahawa calon DAP memperolehi sebanyak 281 undi majoriti.
BN tidak berpuashati dan meminta diadakan semula pengiraan jumlah undi. Memandangkan pengiraan sedang berlangsung, ia dijangka akan selesai pada jam 11 malam nanti.
Satu perkara lagi yang dicurigai juga berlaku daripada segi jumlah undi pos yang didapati tidak selari dengan jumlah yang didaftarkan....
Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP mendahului selepas lebih separuh daripada saluran selesai dikira setakat 8.20 malam tadi.
Pemimpin-pemimpin DAP mendakwa mereka memenangi pilihan raya kecil Sibu ini.
Keputusan rasmi akan diumum dalam waktu terdekat.
Daripada 107 saluran, DAP memperoleh 18,570 undi manakala BN menguasai 15,980 undi.
Dengan itu, majoriti DAP setakat ini ialah 2,590 undi.
Kedua-dua parti utama berhadapan dengan saingan sengit untuk menguasai kerusi Sibu.
Dalam pada itu keputusan rasmi dari pusat penjumlahan menunjukkan BN memperoleh 5,498 undi, DAP pula 4,844 dan calon Bebas hanya 53 undi.
Keluar undi rendah, SPR tidak puas hati
Peratusan keluar mengundi adalah 59.86 peratus atau 32,742 pengundi.
Paras itu jauh lebih rendah berbanding 80 peratus dijangkakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya kecewa kerana peratusan keluar mengundi jauh lebih rendah berbanding prestasi 8 Mac 2008.
Seramai 67.8 peratus keluar mengundi ketika pilihan raya umum dua tahun lalu, ketika itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional.
Proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.
Sebanyak 10 pusat pengundian ditutup 1 tengah hari, lima lagi sejam kemudian, enam (3 petang), dua (pukul 4 petang) dan baki 22 pada pukul 5 petang.
Kini proses pengiraan undi sedang dikira dengan beberapa pusat yang ditutup awal sudah selesai mengira undi.
Terdahulu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan paras keluar mengundi setakat pukul 2 petang tadi, kurang 50 peratus, sebagai sesuatu di luar jangkaan mereka.