Biarpun menambah kerusi Parlimen berikutan kemenangan pilihan raya kecil Sibu, pimpinan tertinggi DAP tetap mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pakatan pembangkang selaku Ketua Pembangkang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kelebihan kerusi DAP berbanding Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin Anwar, bukan isu kerana hal ini sudah dipersetujui lebih awal supaya Anwar memimpin gerakan pembangkang.
“Persoalan sama ada DAP mahu menuntutkan kerusi jawatan Ketua Pembangkang tidak berbangkit kerana kita terus mengiktirafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri,” katanya.
Kit Siang menegaskan DAP tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengambil alih jawatan berkenaan dan sentiasa menyokong Anwar dan mengiktiraf kewibawaannya sebagai Ketua Pembangkang.
Pada masa ini, kedudukan kerusi Parlimen dalam Pakatan Rakyat ialah 29 DAP dan PKR 2