ARTIKEL SEBELUM

13/05/10

Anwar liwat Syaipool banyak kali..

Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak kali sebelum kejadian 26 Jun 2008 sambil menafikan laporan media hanya menjadi mangsa liwat kali pertama pada tarikh tersebut.

Saksi utama kes liwat Anwar ini memberitahu mahkamah, dia telah memaklumkan ASP Mohamed Rodhwan Mohd Yusof pada 24 Jun yang Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah meliwatnya.

Karpal Singh: “Mengapa kamu menemui ASP Rodhwan?”

Saiful: “Saya memberitahu dia masalah saya (mengenai insiden dia diliwat) di Bangkok, Hong Kong.”

Saiful memberi keterangan dalam sesi soal balas buat hari keempat hari ini.

Ketika disoal balas pagi ini, Karpal memberitahu Saiful bahawa berita Malaysiakini pada 15 Ogos 2008, yang memetiknya melaporkan insiden yang berlaku 26 Jun itu merupakan “kali pertama” dia diliwat.

Karpal bertanya kepada Saiful (kanan) sama ada laporan Malaysiakini betul ataupun sebaliknya.

Saiful mendakwa laporan itu silap kerana dia telah salah tafsir soalan yang dikemukakan oleh wartawan ketika ditemu bual.

Laporan itu yang memetik Saiful berkata, kejadian pada 26 Jun merupakan kali pertama dia diliwat oleh Anwar.

“Ini kali pertama diliwat,” bunyi petikan itu.

Saiful hari ini memberitahu mahkamah bahawa ia silap dan dia telah diliwat lebih daripada sekali.

“Adakah anda pernah berusaha untuk membetulkan kesilapan laporan Malaysiakini, selepas laporan itu disiarkan, sehingga sekarang?” kata Karpal.

Saiful kemudian memberitahu, dia tidak tahu tentang laporan itu sambil memberitahu dia tidak membaca Malaysiakini.

Kemudian Karpal memberitahu perkara itu bukan sahaja disiarkan oleh Malaysiakini tetapi juga oleh akhbar-akhbar lain.- mi

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud