ARTIKEL SEBELUM

11/05/10

Angkara Zahrain , Ghafur Letak Jawatan Ahli Parlimen ?


KUALA LUMPUR 11 MEI: Datuk Abdul Ghapur Salleh didakwa Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional yang menyertai rancangan projek 16 September, bertekad melepaskan kerusi Parlimen.

Mengikut Malaysian Insider, Ahli Parlimen Kalabakan itu mahu mengosongkan kerusinya akhir Mac lalu, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan menolak surat peletakan jawatan itu.

Tindakan Ghafur itu berikutan mahu menjaga maruahnya apabila ada segelintir pemimpin BN peringkat nasional dan negeri melabelkan beliau sebagai “orang Anwar”.

Ghapur dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira dua minggu selepas pengumuman Zahrain berkaitan projek 16 September.

Ahli Parlimen Kalabakan ini yang dihubungi Malaysian Insider bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan.

cerita asal sini klik


sumber terkini


KUALA LUMPUR, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan Ahli Parlimen Kalabakan dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Ghapur Salleh masih merupakan anggota Dewan Rakyat.

“Saya tidak menerima surat letak jawatan daripada Ghapur, jadi beliau masih lagi ahli Parlimen yang sah.

“Selain itu, saya tidak tahu mengenai beliau yang mahu meletakkan jawatan dan melepaskan kerusi Parlimen Kalabakan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ghapur, wakil rakyat dua penggal, dilaporkan ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker akhir Mac lalu tetapi ia ditarik balik selepas Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta beliau menarik balik surat tersebut.

Pemimpin Umno itu dikatakan berbuat demikian selepas dilabelkan sesetengah pihak bahawa beliau merupakan “orang Anwar”.

Malah pada pertengahan Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mendakwa Ghapur merupakan salah seorang daripada lapan wakil rakyat diumpan untuk menyertai pelan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008.

Mengulas lanjut isu itu, Pandikar berkata, sebarang pertanyaan mengenai peletakan jawatan Ghapur perlu ditanya kepada empunya diri.

“Tanya beliau sama ada sudah meletakkan jawatan ataupun tidak?

“Selain itu, tanya juga mengapa beliau mahu meletakkan jawatan? Jangan tanya saya yang tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini,” katanya.


video dalam parlimen Kalabakan hentam Zahrain


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud