ARTIKEL SEBELUM

30/05/10

Ahli PKR perlu di‘tarbiyah’


Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar PKR menggunakan sistem tarbiyah untuk mendidik ahlinya agar tidak lagi melompat parti.

Perwakilan PKR dari Selangor berkata kegagalan parti menangani isu lompat parti seharusnya tidak timbul sekiranya ahli dan wakil-wakil rakyat dalam PKR diberi tarbiyah terlebih dahulu.

Gan Pei Nei menegaskan penghapusan Biro Tata Negara amatlah wajar namun ia seharusnya digantikan dengan konsep tarbiyah.

Apa yang dimaksudkan oleh Adun Rawang itu tidak diketahui tetapi tarbiyah adalah sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam parti Islam iaitu PAS.

Menurut Pei Nei, melalui tarbiyah, ahli dan pimpinan PKR akan dididik dalam dua aspek besar iaitu rohani dan jasmani.

Gan juga berharap tindakan dapat diambil kepada mana –mana ahli yang melanggari peraturan yang ditetapkan dan menyarankan agar mana-mana kakitangan dalam kerajaan negeri yang engkar dengan peraturan maupun dasar kerajaan negeri dibuang daripada pengurusan dan petadbiran negeri.

Perwakilan dari Terengganu Dr Sazali Hassan turut menyokong Gan dan meminta pemimpin dan ahli PKR ditarbiyah. Beliau berkata, isu keluar parti memang menjadi isu penting bagi pemimpin bawahan yang sentiasa berdepan dengan rakyat secara langsung.hrkh

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud