Daripada 83 saluran, DAP memperoleh 14,283 undi manakala BN menguasai 12,047 undi.
Dengan itu, majoriti DAP setakat ini ialah 2,236 undi.
Kedua-dua parti utama berhadapan dengan saingan sengit untuk menguasai kerusi Sibu.
Terdahulu setakat 6.15 petang tadi, daripada 44 saluran selesai dikira DAP menerima 7,026 undi manakala BN pula 6,243 dan seorang calon Bebas menerima 52 undi.
Bagaimanapaun setakat 22 saluran selesai dikira sehingga pukul 5.30 petang tadi, BN berada di depan dengan kelebihan 1,985 undi.
"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."
KUCHING, 16 Mei — Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mendakwa anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang Voon Lee Shan akan keluar DAP dan menjadi Adun Bebas mencetuskan keterujaan di kalangan wakil media di sini.
SMS dalam Bahasa Malaysia itu tersebar luas di kalangan wakil media, termasuk yang membuat liputan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu hari ini, menyebut: ‘ADUB Batu Lintang akan keluar DAP dan menjadi wakil bebas? Tunggu sidang akhbar YB Voon Lee Shan di Pusat Khidmat Batu Lintang’.
Ternyata SMS itu palsu.
Semasa dihubungi Bernama, Voon menafikan ada memanggil sidang akhbar untuk mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat DAP di pusat khidmat itu dan malahan bertanyakan kepada wakil media di mana mereka menerima jemputan untuk menghadiri sidang akhbar yang kononnya akan diadakan beliau itu.
Sambil menafikan isi kandungan SMS itu, beliau menegaskan yang beliau masih bersama DAP.
Pada Mac tahun ini, dilaporkan jawatankuasa disiplin DAP telah mengantung keanggotaan Voon selama enam bulan, berkuatkuasa 17 Mac.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dipetik sebagai berkata keputusan sebulat suara dicapai selepas mengambil kira aduan yang dibuat terhadap Voon kerana membuat kenyataan yang mencemarkan imej parti.
Voon, seorang pegawai polis sebelum menceburi politik, menang dalam pilihan raya negeri 2006 menewaskan calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Chan Seng Khai dengan majoriti 3,407 undi. — Bernama
Lorr..SMS palsu lagi Perang saraf dari BN cilako