ARTIKEL SEBELUM

29/05/10

'Ada pemimpin PKR Melaka berpotensi melompat'

Wakil Melaka Abdul Wahab Ibrahim mendakwa terdapat sebilangan pemimpin PKR di Melaka yang berpotensi untuk 'lompat parti.

Menurutnya, majlis pimpinan Melaka telah menghantar laporan kepada pejabat ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga setiausaha agung Saifuddin Nasution berhubung perkara itu.

"Saya minta Datuk Seri hati-hati sebab Datuk Salehuddin (Hashim) pun, orang yang dipercayai, telah mengkhianati kita," katanya ketika berucap dalam kongres parti itu di Kota Bharu hari ini.

"Semenjak dilantik saudara Shamsul (Iskandar Mat Akin) menjadi pengerusi perhubungan negeri, banyak gerakan dijalankan untuk memfitnahnya .

"Sebab mereka ini (yang lemparkan fitnah) ada potensi untuk melompat apabila harapan dan cita-cita mereka tidak tercapai," katanya lagi.

Dewan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu itu juga gamat seketika apabila wakil Melaka itu bertindak 'mencuit' Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga menteri besar Selangor.

Beliau mempertikaikan mengapa pemimpin parti yang kurang berkelayakan akademik tidak dipertimbangkan untuk memasuki anak syarikat dan kerajaan tempatan.

"Apa salahnya negeri Selangor melimpah ruahkan rahmat yang allah berikan kepada penyokongnya.

"Kita ada berapa anak syarikat negeri Selangor. Kita ada berapa pimpinan profesional? ...kenapa kita tidak lantik mereka?

"Adakah di Selangor ini rakyatnya berdosa bila jadi ahli PKR?

"Saya sedih apabila ada kenyataan yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan -- Eh kamu nak masuk politik cari degree dululah. Kalau kamu SPM tak layaklah'." katanya.

Tambahnya, Selangor sepatutnya mencontohi Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka yang mampu melantik serama empat orang pegawai seranta.

"Kenapa kita tidak boleh tolong ahli kita? Apakah kita ini pengamal rasuah? Apakah kita ini penyeleweng? Jangan anggap ahli kita ini semua penjenayah," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud