Seorang doktor di pusat kesihatan luar bandar digantung tugas selepas ditangkap menggunakan ambulans untuk mengangkut seekor lembu yang dibelinya di sebuah pasar tempatan.
Pegawai Jabatan Kesihatan tempatan, Muneer Ahmad berkata, polis memintas ambulans berkenaan ketika ia dipandu doktor kerajaan itu ke kediamannya di Gujarat, wilayah Punjab.
Menurut Muneer, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perbuatan doktor itu oleh polis.

