Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh akan memberi sokongan kepada parti yang kuat dan kukuh bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor nanti.
Mohd Radzhi berkata, walaupun berstatus ADUN Bebas, sokongan tetap akan diberikan kepada parti yang dirasakan layak dan mempunyai prestasi baik.
“Saya akan beri sokongan kepada parti yang saya rasa kukuh tetapi apa yang lebih penting saya akan menyokong parti yang menerima saya.
“Jika mereka terima saya dengan hati terbuka, saya juga akan beri sokongan pada parti tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Radzhi berkata, melihat kepada keadaan politik terkini, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, pelbagai masalah yang melanda PKR Pusat dan PKR di Kedah akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Mohd Radzhi berkata, dengan masalah yang melanda PKR itu, beliau yakin rakyat akan kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor.
“PKR sekarang asyik bergolak, jadi inilah peluang kepada BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.
“Saya juga berpendapat bahawa rakyat juga akan memberikan kembali kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap BN,” katanya.