
Penamaan calon akan diadakan pada 17 April.
Tarikh pilihan raya kecil ini yang pertama bagi Selangor sejak 8 Mac 2008 diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat panel sebentar tadi.
Pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Beliau menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi.
Yes perang saraf akan bermula .
Tahniah! kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana akhirnya bertindak profesional dengan mengadakan tarikh pencalonan dan hari pengundian pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor pada hari cuti iaitu 17 April (Sabtu) dan 25 April (Ahad). Semoga dengan perubahan ini ia akan memudahkan lagi rakyat di kawasan Hulu Selangor untuk membuang undi pada pilihanraya kecil kali ini.
