ARTIKEL SEBELUM

20/04/10

Nik Aziz bantu kempen Zaid Jumaat ini






Di sebalik serangan Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa Datuk Zaid Ibrahim sebagai “kaki botol tegar”, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka turun berkempen membantu jentera Pakatan Rakyat sekembalinya dari Mekah.


Setiausaha Politik Nik Aziz, Wan Nik Wan Yusuff ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan Nik Aziz dijangka pulang ke tanah air Rabu ini selepas dua minggu berada di Mekah.

“Dan, tok guru dijangka akan ke Hulu Selangor 23 April ini bagi membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya itu nanti.

“Tok guru sendiri telah nyatakan kepada saya semasa dihubungi dari Mekah kelmarin bahawa dia akan turun bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat di Hulu Selangor bagi membantu calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim,” katanya.

Nik Aziz berlepas ke Mekah 5 April lalu untuk menunaikan umrah.

Menjawab reaksi Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mengenai Umno-Barisan Nasional (BN) yang di peringkat awal lagi telah menyerang Zaid dengan isu peribadi, Wan Nik berkata “tok guru minta bersabar dan meminta agar Pakatan sentiasa menghadapi lawan dengan cara berhemah.”

“Tok guru tidak terlepas dari perkembangan politik, situasi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, dia minta Pakatan sentiasa berhemah dan lebih berhikmah semasa menghadapi serangan pihak lawan.

“Pesannya, Islam pastinya akan lebih kuat dengan hujah, jadi kita perlu menangkis senjata lawan dengan hujah,” jelas Wan Nik.

Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Beliau akan berhadapan dengan calon BN yang mempertaruhkan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Selain calon Bebas, V.S. Chandran mengiystiharkan menarik diri daripada bertanding tengah hari tadi.

Pengundian berlangsung Ahad ini.- MI





posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud