SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menafikan dakwaan bahawa beliau tidak turun turun padang meninjau masalah penduduk di kawasannya kerana takut dengan 'balasan' solat hajat mohon beliau ditimpa musibah.
Katanya, sebagai wakil rakyat beliau sentiasa mengutamakan rakyat dan sentiasa bekerja untuk menyelesaikan masalah di kawasannya.
“Saya tidak takut. Saya berada di sini (Parlimen) untuk bekerja demi rakyat,” katanya.
Mohsin Fadzli berkata, beliau pulang ke kawasannya dua minggu lepas untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan berhubung masalah berbangkit pengundi diwakilinya.
“Saya sentiasa memantau perkembangan rakyat dan sentiasa menghubungi mengambil tahu perkembangan semasa di kawasan.
“Ini tidak bermakna, sekiranya saya tidak turun padang, saya tidak mengambil berat terhadap rakyat di kawasan saya. Saya sekarang sibuk berada di Parlimen,” katanya.