ARTIKEL SEBELUM

21/04/10

Menteri Umno tolong jawab cabaran Ipoh Timur !!



Menteri-menteri kabinet dan pemimpin UMNO beragama Islam dengan lantangnya dicabar oleh panasihat DAP, Lim Kit Siang untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meneguk alkohol, khususnya semasa muda.

Antara yang menjadi sasaran adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan tidak terkecuali Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Cabaran Lim itu dibuat ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Menurutnya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri Barisan Nasional (BN), sudah pasti negara akan kehilangan separuh dari jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.- ep







posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud